|
| INGINKAN PENDAPATAN SAMPINGAN YANG BERTERUSAN!!! |
| Senin, 19 Oktober 2009 |
Nak jadi USAHAWAN, TANPA KELUAR MODAL SENDIRI? HERE’S THE WAY…..
Pernahkah anda terbayang ingin berhenti kerja disebabkan tidak tahan dengan stress kerja?
Setiap hari kerja semakin bertambah?
Bos yang cerewet?
Kerja yang berjauhan dengan isteri dan anak-anak?
Beban kerja yang banyak?
Sampai bila?
Macam mana dgn hidup kita lagi 20 tahun?
Hutang yg tidak selesai?
Anda juga ingin hidup yang senang?
Ataupun ingin menjadi bos?
Anda mahu mengubah hidup anda bukan?
Selalu sangat bertukar tempat kerja?
Mahukah anda menjadi seorang usahawan dengan membina empayar perniagaan yang mampu diwarisi oleh anak cucu.
Pernahkah anda berimpian untuk mengelilingi dunia atau melancong keseluruh dunia..?
Ini semua boleh diperolehi secara percuma melalui perniagaan ini Anda juga pernah berimpian untuk memiliki kereta mewah..?
Sudah Pasti..!!!
Ini semua adalah hasil daripada perniagaan ini Masih belum percaya dgn semua bukti di atas?
OK, anda percaya!!! tapi apakah hanya SAYA yang berhasil ? Tentu tidak!
kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula.
Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula.
Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula.
Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula.
Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.
Orang yang tidak mempunyai keinginan, tidak dapat berjaya dalam hidup. Sia-sia sahaja hidup di dunia ini jika tidak mem-punyai keinginan. Untuk berjaya dalam kehidupan, anda bukan sahaja dikehendaki mempunyai keinginan. Malah, anda perlu menambah-kan perkataan ‘KUAT’ pada keinginan anda. Keinginan yang kuat, itulah kunci bagi mencapai kejayaan. Amat berbeza antara keinginan dan keinginan yang kuat.
Mempunyai keinginan sahaja menyebab-kan anda mengaku kalah apabila bertemu kegagalan, sekalipun tujuan anda adalah untuk menang. Sebaliknya keinginan yang kuat membuatkan anda terus mengejar impian walaupun anda menemui kegagalan demi kegagalan. Keinginan yang kuat inilah yang akan mendorong, menolak dan menghalang anda dari berputus asa malah ianya akan memaksa anda bagi meneruskan mengejar impian.
Tetapi tidak dinafikan ada juga yang telah gagal disebabkan oleh tiada usaha yang berterusan. Tetapi percayakah anda bilangannya amatlah sedikit. Jika berminat sila beritahu saya. Anda hanya perlu mendengar dahulu.
Keputusan adalah ditangan anda! Manalah tahu mungkin rezeki anda ada di sini. Bila lagi hendak bermula? Jgn hanya melihat kejayaan orang lain. Anda pun boleh berjaya! Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.
Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya. Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri anda untuk berjaya dalam hidup.
Anda sebenarnya adalah BOSS dan anda sepatutnya menentukan masa anda sendiri. Bukannya orang lain. Apa yang penting ialah kebebasan masa dan kewangan boleh dicapai melalui perniagaan ini.
Peluang Sekali Seumur Hidup Untuk Berjaya |
posted by Mohd Nor Zaini Ahmad @ 10/19/2009 11:08:00 AM  |
|
|
|
| Lapangkan Hati Dan Bersabar Menerima Kenyataan |
|
| Suatu hari seorang tua bijak didatangi seorang pemuda yang sedang dirundung masalah Tanpa membuang waktu pemuda itu langsung menceritakan semua masalahnya. Pak tua bijak hanya mendengarkan dgn seksama, lalu Ia mengambil segenggam serbuk pahit dan meminta anak muda itu untuk mengambil segelas air. Ditaburkannya serbuk pahit itu ke dalam gelas, lalu diaduknya perlahan, �Coba minum ini dan katakan bagaimana rasanya �, ujar pak tua �Pahit, pahit sekali �, jawab pemuda itu sambil meludah ke samping Pak tua itu tersenyum, lalu mengajak tamunya ini untuk berjalan ke tepi telaga belakang rumahnya. Kedua orang itu berjalan berdampingan dan akhirnya sampai ke tepi telaga yg tenang itu. Sesampai disana, Pak tua itu kembali menaburkan serbuk pahit ke telaga itu, dan dengan sepotong kayu ia mengaduknya. �Coba ambil air dari telaga ini dan minumlah.� Saat si pemuda mereguk air itu, Pak tua kembali bertanya lagi kepadanya, �Bagaimana rasanya ?� �Segar�, sahut si pemuda. �Apakah kamu merasakan pahit di dalam air itu ?� tanya pak tua �Tidak, � sahut pemuda itu Pak tua tertawa terbahak-bahak sambil berkata: �Anak muda, dengarkan baik-baik. Pahitnya kehidupan, adalah layaknya segenggam serbuk pahit ini, tak lebih tak kurang. Jumlah dan rasa pahitnyapun sama dan memang akan tetap sama. Tetapi kepahitan yg kita rasakan sangat tergantung dari wadah yang kita miliki. Kepahitan itu akan didasarkan dari perasaan tempat kita meletakkannya. Jadi saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu yg kamu dapat lakukan; Lapangkanlah dadamu menerima semuanya itu, luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu�. Pak tua itu lalu kembali menasehatkan: �Hatimu adalah wadah itu; Perasaanmu adalah tempat itu; Kalbumu adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi jangan jadikan hatimu seperti gelas, buatlah laksana telaga yg mampu menampung setiap kepahitan itu, dan merubahnya menjadi kesegaran dan kedamaian. Karena Hidup adalah sebuah pilihan, mampukah kita jalani kehidupan dengan baik sampai ajal kita menjelang? Belajar bersabar menerima kenyataan adalah yang terbaik� |
posted by Mohd Nor Zaini Ahmad @ 10/19/2009 10:54:00 AM  |
|
|
|
| Renungan |
| Senin, 02 Februari 2009 |
Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara :
1.Percakapan 2.Diam 3.Pandangan 4.Gerak
Percakapan - Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia.
Diam -Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka.
Pandangan
- Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai.
Gerak -Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong.
Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapan sebagai Zikir, diamnya sebagai tafakkur,pandangannya sebagai iktibar, dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan satu tayangan manusia mendapat kesejahteraan...
Kata hikmak Saidina Ali Karramallahu Wajhah.... |
posted by Mohd Nor Zaini Ahmad @ 2/02/2009 09:47:00 AM  |
|
|
|
| usahawan 369 |
| Rabu, 28 Januari 2009 |
PAKEJ BONUS USAHAWAN Bonus bulan 1 - RM4,600 - RM5,000 (dijamin dapat) Bonus bulan 2 - RM2,000 - RM2,500 Bonus bulan 3 - RM7,000 - RM7,500 dan bulan-bulan berikutnye....
MODAL??? Dana akan diuruskan bagi yang berkelayakan. (strategy marketing plan kami menjadikan bisnes ini RM0 modal)
*Bukan skim cepat kaya/binary @ bisnes internet *Pakej sistem yang cepat,mudah dan lumayan *Tabung kereta *Bonus tanpa had *Melancung ke luar negara 3-4 kali setahun *Tiada risiko *Boleh diwarisi *Pencen sebelum usia pencen *Kelebihan kepada kakitangan kerajaan/badan berkanun
Sekarang ramai USAHAWAN HAI-O meraih pendapatan RM5000 ke atas sebulan. Anda bila lagi?? Kami juga mempunyai bukti dari mereka-mereka yang telah menjadi JUTAWAN melalui perniagaan ini. |
posted by Mohd Nor Zaini Ahmad @ 1/28/2009 03:44:00 PM  |
|
|
|
| BUDAYA 369 TAK USIK GAJI |
|
Buat loan tak usik gaji. Aku cakap yang ini bukan tak logik atau tipu, sebetulnya kalau dah buat loan memang kompem usik gaji tu tolak loan tiap-tiap bulan.
Yang ni la kawan-kawan yang blok kepala otak dia tak nak bagi peluang diri untuk paham. Bukan kena bayar pun nak bagi paham...
Mula-mula hang join niaga ni hang tak yah la buat apa pun lagi cek pertama hang lebih kurang RM4700.00 kompem dapat. Kalau hang tak dapat cek pertama ni aku bayar kat hang sepatut berapa hang dapat untuk cek pertama. Kompem punya nak takut apa, pasal aku pun dapat macam tu, upline aku pun dapat, upline pada upline pun ada yang dapat lebih dari RM4700.00 tak buat apa-apa pun lagi.
Pendapatan pertama RM4700.00. Niaga apa bukak kedai blom jual barang dah dapat dulu pendapatan? RM4700.00 jangan dok joli dulu, duit ni hang bahagi dengan loan bulanan RM300 (contoh) buleh cover 15 bulan daaaaa.....
15 bulan = 1 tahun 3 bulan tak usik gaji hang...
Pastu hang bukan dapat pendapatan pertama RM4700.00 ja, hang dapat lagi barang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas takda expired date 10 barang jumlah semua RM20,800 ke RM21,+++, barang ni dari dulu sampai la ni harga maintainnnn ja nyaris nak naik ada aritu masa harga minyak naik... makna kata kalau barang ni aku simpan lagi 3 tahun kalau minyak naik, harga barang ni pun naik aku bleh jual ikut harga market... ada untung daaa...
Duit RM4700.00 dah ada siap cover loan hang 1 tahun 3 bulan, barang 10 ketul ada kalau jual semua dapat balik RM20,800 - RM21,+++ nak risau apa? Bukan skim pelaburan cepat kaya labur duit barang takda kantoi kalu tepuk kepala cukup bulan pening kepala baru padan muka....
Barang bukan cikai punya, ada pengiktirafan SUPERBRAND dan lain lain brand tak caya tgk dan kaji la...
Dalam tempoh gaji hang tak kena potong selama 1 tahun 3 bulan jual la barang tu. Takkan dalam tempoh tu tak leh jual, hang kata hang tera? Dalam perniagaan Islam mesti ada jual beli bukan labur saja nanti rugi.... Aku pun leh jual dalam masa setahun habis semua barang aku. Tak buleh jual semua jual setakat nak cover loan ja, macam mana? Jual la secara ansuran...
Kotmemot, Senheng, Singa dan sume kedai perabot tu hang ingat orang beli barang kat dia cash ka? Semua tu dok kaya maintain tak bankrup sampai laa ni pasal jual barang secara bayar ansuran la ada interest.
Tapi kita jual barang takda interest, macam mana harga macam tu jugak jual. Macam mana nak jual?
Jual kat sedara mara dan kawan-kawan ja habis cerita. Bukak handphone tgk brapa banyak punya nama ada simpan calling-calling larr... Ajak la nak jumpa takkan diorang nak tolak, tapi hang lain la aku ajak pun hang tak nak asik nak sembang dalam ni jugak.. tapi takpa layan ja.
Jual ansuran 1) RM200 x 10 bulan 2) RM100 x 20 bulan 3) RM50 x 40 bulan
Pengalaman aku paling murah orang nak amik RM100, RM50 pun ada tapi last-last bayar cash yg belen pasal tak tahan tgk muka aku dtg selalu dah la hensem, manis dan syahdu. Hang jual 3 barang RM100 = RM300 sebulan selama 20 bulan, cukup dah jgn jual lagi. Memula tadi loan dah cover 1 tahun 3 bulan dalam tempoh ni hang dah jual 3 barang caver 20 bulan. Haa nak apa lagi? Berapa tahun tak usik gaji? 2 tahun 9 bulan daaa... dah nak 2 tahun 9 bulan sok agak-agak nak tamat tempoh jual la lagi 3 barang cover lagi 20 bulan... Ini kira kerja pemalu ke pemalas ke apa ke tahap cipan tau.
Kata la kau amik 10 ketul Bio-Aura Hitech Water System (penapis air laaa). Harga seketul RM2080.00 x 10 ketul = RM20,800.00 pastu jual ansuran
1) 10 barang x RM200 x 10 bulan = RM2000 / bulan 2) 10 barang x RM100 x 20 bulan = RM1000 / bulan 3) 10 barang x RM50 x 40 bulan = RM500 / bulan
Kunun-kunun la sedara / kawan-kawan yang kesian kat kau amik RM200 /bulan = pendapatan sebulan RM2000............................... ada ke??? Jgn kau mimpi laaaaa diorang pun nak pakai duit bebulan.... tukar cerita yang kompiden skit kata la RM50 / bulan = pendapatan sebulan RM500 selama 40 bulan.
Maka selama 40 bulan la pendapatan kau RM500 dan selama 40 bulan tu jugak la gaji kau tak usik nak bayar loan RM300 sebulan tu pasal tukang bayar loan kau tu sedara / kawan yang amik barang tu leee...
RM500 x 40 bulan = RM20,000.00 daaa... bersamaan modal kau beli 10 barang RM20,800.00 tauuu... tak sama? Mana? RM800? Pandai-pandai la kau nak kutip, kalau nak buat amal jariah sedekah kan aje la sorang RM80 tu... pendapatan dapat pahala pun kau dapat...
Jadi kira-kira matematiknya macam ni la, nak keluarkan 10 Bio Aura Hitech Water System tu tadi modal kau RM20,800.00.. kau ade ke huit hanyak tuh??? Aku pun takde Madun Bin Buyung CDM no 1 tu pun takde... Guna la kemudahan loan sbelum kau lunyai kelain yang berfaedah tapi mengecikkan gaji kau... kurang-kurangnya nak buat loan mesti dalam RM23,000.00. Pasal pe RM23,000.00? Kau tanya la bank tu nanti...
Haa sekarang aku nak tunjuk magic kat kau macam mana BUAT LOAN TAK USIK GAJI.
Pendapatan pertama RM4700.00 + jumlah barang kau dah jual RM20,000.00 = RM24,700.00
RM24,700.00 - loan RM23,000.00 = RM1,700 belen.. Ni untung ke rugi?? Kalau kau kate rugi sekarang jugak kau datang jumpe aku. Aku nak bagi RM1,700 tu...
Yaaaa tuan-tuan dan puan-puan, dah dengar cerita tadi kan? Mengarut ke tidak ke terpulang la, saya dah buat saya berani la nak eksyen cakap macam-macam... Sape yang minat nak tau dan tak pepaham buleh la kontek saya.. okeh!!!
Md Noor - 017-4472015 / 012889853 |
posted by Mohd Nor Zaini Ahmad @ 1/28/2009 03:41:00 PM  |
|
|
|
| mari mengenali budaya 369 |
|
Plan Hai o Marketing (group 369)
Pagi tadi saya menghantar kawan saya yang akan ke Penang untuk tujuan pemantauan tapak projek. Bila masuk ke dalam kereta saya, dia bertanya berkaitan bag di seat belakang. Balik kampung ke??. Pantas saya jawab.”Eh tidaklah. Bag tu kepunyaan rakan kongsi saya”.saya juga menerangkan serba sedikit berkaitan bag tersebut. Bag berwarna hitam tu adalah hadiah dari Hai O marketing apabila pelanggan membeli (corset premium beautiful sebanyak 10 set + 2 set percuma) dan kesemua nilainya adalah sebanyak RM 23000. “Istimewanya Hai O“. Kawan saya seakan-akan pelik dengan kata-kata saya. Sambung saya , “pelik bukan” belum start meniaga dan menaja, hai o dah bagi bonus RM3 ribu. Kalau dah start menaja lagi lah bonus berlipat kali ganda. lagipun nak jual cuma 11 set untuk seumur hidup, satu lagi kita pakai sendiri lah. Ada orang tanya kenapa Hai o bagi RM3k padahal belum meniaga, jawapannya amat mudah iaitu hai o marketing dengan lapang dada menghargai usaha anda dan memutuskan untuk memberi ganjaran, orang dah kasi, apa lagi, amiklah. Hai-o amat bermurah hati kan. Segalanya untuk usahawan hai-o. Dan satu lagi Hai o juga tidak mempunyai sebarang hutang. semua aset dimiliki sepenuhnya oleh Hai o sendiri. Sambung kembali bab tadi,kalau katakan satu set kita jual secara ansuran RM100 sebulan selama 24 bulan berapa totalnya ek.
100 x 24 bln x 11 set = RM26400.00
Jumlah sebanyak RM26400.00 inipun dah boleh bayar loan sebanyak RM 23000, maka 26400+3000 (bonus pertama) - RM23000 = (RM6400 Keuntungan.)
Ramai orang takut nak buat loan untuk bisness hai o kan… Tapi ramai pula yang tak takut untuk buat loan kereta. Padahal loan kereta akan susut nilai. Tp kereta tetap kena beli juga. Penting tu…Bagaimana pula dengan loan untuk berniaga ? sepatutnya kita tak akan takut disebabkan itulah bisness yang akan membawa pembaharuan kepada sumber kewangan kita. Tak salahkan kita mencuba.
Apa yang perlu adalah bermula dari diri kita dahulu. Bagaimana untuk kehadapan sekiranya kita tidak mampu melangkah setapakpun ke hadapan. Apa tunggu lagi. Melangkahlah segera , mulakan langkah dengan penuh gaya dan penuh tanggungjawab.
Perniagaan premium beautiful sangat istimewa kerana kita tidak perlu menyewa kedai, tidak perlu mempunyai pekerja, Barang tidak pernah luput dan boleh dibawa kemana-mana. Just letak dalam kereta pun boleh kita berniaga di mana-mana sahaja. Ada orang cakap modalnya terlalu besar. Tapi bagi saya ia adalah kecil jika dibandingkan dengan membuka sebuah kedai yang memerlukan sekurang-kurangnya 50K, Francise 100k keatas, stesen minyak 250K, pendek kata semua perniagaan memerlukan modal. Logik saya kata, kalau modal besar untung pun besar dan modal kecil untung pun kecil. Nak yang mana ?. Pilih sendiri. Kedua-duanya pun ada kebaikan dan keburukan. Baik kita ambil kebaikan secara maksimum dan buruk/kerugian kita minimumkan. Realitinya kita mesti yakin dan percaya. Bentukkan kepercayaan adalah dengan merobohkan tembok penghalang “kepercayaan”. Fikir secara mendalam, tenangkan fikiran keluarkan apa-apa sahaja ketidakpercayaan tadi menjadi percaya dan yakin bahawa Anda “BOLEH LAKUKAN” dan mempunyai keinginan. Orang yang tidak mempunyai keinginan, tidak dapat berjaya dalam hidup. Sia-sia sahaja hidup di dunia ini jika tidak mempunyai keinginan. Untuk berjaya dalam kehidupan, anda bukan sahaja dikehendaki mempunyai keinginan. Malah, anda perlu menambahkan perkataan ‘KUAT’ pada keinginan anda. Keinginan yang kuat, itulah kunci bagi mencapai kejayaan. Amat berbeza antara keinginan dengan keinginan yang kuat. Mempunyai keinginan sahaja menyebabkan anda mengaku kalah apabila bertemu kegagalan, sekalipun tujuan anda adalah untuk menang. Sebaliknya keinginan yang kuat membuatkan anda terus mengejar impian walaupun anda menemui kegagalan demi kegagalan. Keinginan yang kuat inilah yang akan mendorong, menolak dan menghalang anda dari berputus asa malah ianya akan memaksa anda bagi meneruskan mengejar impian. Tempat paling layak bagi anda adalah di hadapan. Paling hadapan sekali, mengatasi yang lain. Tidak sekali-kali hanya menjadi pemerhati, melihat kemenangan orang lain. Kuatkan keinginan, maju kehadapan kearah kekayaan.
…………………………………………………………………….
Setelah itu kita perkenalkan dengan 2 orang rakan berkaitan produk premium beautiful (penerangan berkaitan Funsi setiap set produk Premium Beautiful akan saya bincangkan kemudian). Alah kawan kawan rapat pun boleh. Ada kawan tak?? mesti ada. kalau tak percaya cuba buka senarai nama Handphone tu. At least ada lebih kurang 50 orang. Namun begitu untuk permulaan pada bulan pertama cukuplah kita perkenalkan produk kepada 2 orang teman rapat. Itupun dibantu oleh upline. Upline yang akan ambil alih tugas anda.Tugas kita adalah:
1. Perkenalkan Kawan kepada upline
2.Duduk diam, ketika upline bercakap
3.Senyum….dan anggukkan kepala (mengiya kan saje apa yang dicakapkan)
(langkah 2) Faedah yang anda dapat untuk tugas diam dan senyum anda :
1. Bonus RM2500 (2 tajaan)
2. Kenaikan pangkat dari SM(sale manager) kepada SSM (senior sale manager)-penerangan dari segi kenapa boleh naik pangkat untuk dari SM / SSM / DSM / DDM / CDM
Nota : Kalau dahulu untuk mencapai pangkat SM mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun tetapi dengan sistem ni cuma mengambil masa 1 hari sahaja. Umpama kita nak balik jauh. Jalan mana yang cepat sampai. Highway atau jalan kampung yang berlopak. Kalau saya lebih baik ikut Highway, jalanpun elok dan selesa.
3.Diiktiraf dan diraikan oleh Hai o di tempat-tempat mewah untuk menerima anugerah.
4.Melayakkan anda untuk melancong ke destinasi terpilih.
(Langkah 3) Faedah memimpin / senyum dan angguk2
Seperti dilangkah pertama dan juga langkah kedua sudah pasti rakan baru kita mahukan perkara yang sama berlaku. Disitulah pentingnya kita sebagai upline mengendalikan tugas supaya rakan baru diperkenalkan dimana letaknya stokis berdekatan, diperkenalkan dengan barang keluaran, memperkenalkan dengan rakan kongsi yang lebih senior, memperkenalkan latar belakang dan letaknya Head Quarters sebagai langkah awal supaya rakan kongsi yang baru tadi lebih berkeyakinan dan kemudiannya meniru (duplicate) apa yang kita lakukan sebentar tadi seperti pada langkah awal. Dengan cara ini rakan baru tadi akan mendapat faedah yang sama seperti yang terdapat pada langkah 1 dan 2. Namun begitu kita sebagai senior juga akan mendapat faedahnya. Dalam masa yang sama juga kita perkenalkan lagi kepada 2 orang lagi. Kena ingat !! semua ini perlu dilakukan bersama upline.
Faedah memperkenal rakan baru : (2 rakan kongsi baru - direct leg yang masuk bulan pertama) dan 2 rakan kongsi yang join bulan kedua tadi + 4 rakan leg baru)
1. Bonus sebanyak RM7500
2. Kenaikan pangkat dari SSM kepada DSM
3.Diiktiraf dan diraikan oleh Hai o di tempat-tempat mewah untuk menerima anugerah
4. Kelayakan untuk melancong
5. Bermulanya pencapaian untuk tabung kereta.
Begitulah seterusnya, duplication akan berlaku sekiranya kita sabar dan bertanggung jawab terhadap semua rakan kongsi. Perkongsian ini adalah ikhlas supaya setiap rakan kongsi beroleh kejayaan. tanpa rakan kongsi bagaimana kita akan menempa kejayaan. Jika rakan kongsi berjaya baru lah kita akan berjaya. Tetapkan matlamat agar setiap rakan kongsi akan berjaya dengan cemerlang. Insya-Allah.
Sistem inilah yang memberikan sinar baru kepada Usahawan hai o. Dengan kata mudahnya ia dikenali sebagai
“SISTEM BONUS RM13 RIBU DALAM MASA 3 BULAN”
Betul ke 13 ribu
(RM3K-mula2 masuk + RM2500 Bln ke2+ RM7500 bln ke3)
Total RM13 ribu untuk 3 bulan-secara purata 1 tahun ada 12 bulan. Maka
RM13 ribu - 3 bulan per 1
RM13 ribu - 3 bulan ke2
RM 13 ribu - 3 bln ke 3
RM 13 ribu - 3 bln ke 4
——————————
RM 52 ribu untuk setahun
——————————
Setelah saya terangkan sistem yang membuatkan Hai o melonjak kini tiba masanya saya terangkan bagaimana untuk berniaga. Ada juga tatacara yang perlu diikuti. Kalau mengikut sistem dan panduan yang diberikan insya-Allah pasti berjaya.
BAGAIMANA NAK BISNES !!
1. Pakai
Disebabkan kita perlu berniaga dan menjual produk premium beautiful seharusnya kita perlu merasai dan menjiwai kelebihan dan kehebatan sesuatu produk. Bagaimana kita nak cakap sesuatu itu rasanya manis padahal kita belum merasainya sendiri. Dengar cakap orang !!!….belum pasti ianya betul. Untuk wanita set premium beautiful boleh dipakai 1 set iaitu bermula dari bahagian atas /tengah@bengkung dan bawah. Bagi lelaki pula boleh dipakaikan bengkung sahaja. Tak perlu malu..waktunya boleh dipakai bila-bila masa. Malam ketika tidur pun boleh.
2. Buatkan senarai nama.
Kekadang kita terlupa bakal pelanggan. Jadi seharusnya kita menyediakan seberapa senarai nama yang berpotensi untuk bersama-sama berkongsi perniagaan. Kawan rapat, kawan sekolah, kawan tempat kerja, kawan ketika berkursus, keluarga. Senarai nama tersebut hendaklah dituliskan diatas kertas/buku sebagai rujukan kita dan upline supaya kita sama-sama memperkenalkan produk dan sistem hai o marketing.
3. Jual secara ansuran.
Umum sedia maklum bahawa set premium beautiful adalah barang keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi. Disebabkan itulah harganya juga agak mahal. Namun begitu ramai orang memerlukan premium beautiful sebagai pembentuk badan dan juga untuk kesihatan. Kita andaikan sebuah mercedes dan wira. Mana yang lebih mahal ? sudah pastilah mercedes lebih mahal berbanding wira. Kenapa mahal ? ia adalah disebabkan jaminan kualiti, prestij dan kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh kereta wira tersebut. Samalah macam premium beautiful, ianya mempunyai kualiti yang pasti tidak dapat ditandingi oleh corset seumpamanya. Sebagai contoh premium beautiful telah diiktiraf sebagai produk super brand…corset lain ada tak super brand. Bukan calang-calang sesuatu produk untuk mendapat super brand. Lagi pula, produk premium beautiful telah mendapat pengiktirafan dari pakar-pakar tulang belakang. Jadi, memang patutlah premium beautiful lebih mahal kan?.
Ramai wanita yang inginkan premium beautiful tetapi disebabkan ianya mahal maka pelanggan terpaksa melupakan dulu hasrat. Oleh itu kaedah yang sepatutnya adalah dijual secara ansuran. Boleh dijual mengikut kemampuan samada 100 /150/ 200 sebulan mengikut kemampuan pelanggan.
4. Nilai
Sebelum kita pikirkan pasal Nilai terdapat 3 perkara utama yang harus diambil perhatian yang serius apabila memulakan perniagaan. Yang paling utama ialah :
a) KEUNTUNGAN
Setiap perniagaan yang diceburi hendaklah memberikan keuntungan yang maksimum untuk kita. Adakah kita meniaga tanpa mendapat penat semata-mata. Setiap yang kita niagalah mestilah mempunyai nilai keuntungan yang tinggi.
a1 - Untung dari segi jualan set
a2 -Untung bonus
a3 - Untung dari segi Kos utiliti / bil air / bil elektrik (sememangnya dah untung kat sini)
a4 - Untung dapat melancong percuma
a5 - Untung dapat kereta percuma
B) TENAGA KERJA
Dalam menjalankan MLM. Diri kita sudah mencukupi untuk membuat semua perkara. Tidak perlu mengajikan pekerja. Ini disebabkan untuk menjual 10 set Premium Beautiful tidaklah rumit. Kitalah Bos dan kitalah juga pekerja. Untuk buat selenggaraan stor pun tak perlu. Bukannya kita memegang stok berpuluh jenis. Cuma satu je jenis produk. Malahan nak jualpun cuma 10 set. Sebulan 1 set jual. Tidak sampai setahun dah habis.
C) MODAL
Modal sudah pasti diperlukan apabila kira hendak memulakan bisnes. Ada tak perniagaan tidak memerlukan modal ?? jawapan saya ADA. Contohnya insuran. Ada bakat ??? boleh cuba. tetapi kebanyakan dan boleh dikatakan semua perniagaan memerlukan modal. Waema jual goreng pisang ditepi jalanpun. Bagi mendapatkan modal untuk memulakan bisnes hai o marketing. salah satu caranya adalah dengan meletakkan slip gaji kepada bank sebagai cagaran. Namun begitu segala urusan pembiayaan menjadi mudah dengan bantuan upline. Jumlah pembiayaan adalah sebanyak RM23000. Ini termasuklah deposit 3 bulan, duti setem dan fee lain yang bersangkutan. Mengikut kebiasaan pembiayaan ini dilakukan selama 10 tahun agak-agak dalam 315 sebulan. perghhhhhh lamanya. Tapi sebenarnya semua itu adalah GIMIK semata-mata. Selalunya usahawan hai o telah menyelesaikan pembiayaan tersebut kurang dari 2 tahun. Jadi apa perlu takut. Saya akan berikan kaedah bagaimana untuk menyelesaikan pembiayaan tersebut dengan cepat.
Kesimpulannya adalah anda boleh menyelesaikan loan bank anda dengan 2 kaedah iaitu membayar dengan menggunakan bonus ataupun dengan jualan set. (seperti saya bincangkan diatas).
1. Bonus setahun RM 52 ribu - loan bank RM23 ribu = RM29 ribu lagi keuntungan
secara mudahnya dengan adanya bonus kita dah selesaikan loan tersebut maka hasil jualan set kita boleh masuk poket buat belanja…shoping kat alamanda dan kalau ada lebihnya bantulah kepada sesiapa yang memerlukan. Derma kat anak yatim, masjid dan mana-mana yang sesuai.
Ada lagi nak citer ni…tapi dalam talian interneti gini ada masalah sikit..kekadang kita nak juga tengok kontek mata, gerak badan, mana lah tau sedang baca menguap boring…itu belum lagi bab belum habis baca dah tutup web. Dan yang paling utama setiap orang mempunyai persoalan yang tersendiri yang perlu di jawab secara berhemah untuk memperbetulkan kekeliruan yang timbul. Mungkin berkaitan penajaan, atau kewangan, loan, produk, dari segi masa, takut untuk bermula dan macam-macam lah. |
posted by Mohd Nor Zaini Ahmad @ 1/28/2009 01:34:00 PM  |
|
|
|
| ﻻ ﺇﻠﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻤﺤﻤﺪ ﺮﺴﻮﻞ ﺍﷲ |
| Selasa, 12 Agustus 2008 |
Apakah yang patut anda lakukan apabila anda mempunyai bebanan masalah dan tugasan yang perlu diselesaikan?
Banyak perkara atau masalah yang sering berlegar di dalam minda dan fikiran seseorang membuatkan seseorang itu akhirnya merasakan satu himpitan masalah yang akhirnya menjadikan tekanan pada seseorang
Apatah lagi pada waktu malam yang sepatutnya setiap insan perlu mendapatkan tidur yang secukupnya tetapi masalah berlegar-legar secara sengaja atau ianya berputar sendiri di dalam kotak pemikiran sehinggakan mereka merasakan terganggu hendak tidur. Kadang-kadang masalah di tempat kerja terbawa-bawa hingga ke tempat pembaringan.
Sepatutnya apabila masuk waktu tidur, anda perlu dapat melelapkan mata dengan aman tetapi seringkali pada ketika itu bebanan masalah anda menghimpit perasaan sehinggakan ada sesetengahnya menghidap insomania (penyakit sukar tidur) dan ada pula yang terpaksa menelan pil tidur yang mana amalan ini hanya mengundang kemudaratan pada sistem biologi badan. Semua orang sedia maklum bahawa untuk memperolehi kesihatan yang baik maka tidur yang cukup amat diperlukan.
Jadi apakah yang perlu anda lakukan supaya anda dapat mengatasi masalah tersebut?
Sebelum masuk tidur amalan yang perlu dan boleh anda lakukan ialah :
1) Memberus gigi. 2) Mengambil air sembahyang 3) Minum segelas air masak atau bercampur madu/susu 4) Membaca Al-Quraan dan berzikir 5) Menulis segala permasalahan anda pada hari itu di dalam sebuah buku dan katakan dengan tegas : Segala masalah yang aku tanggung telah aku curahkan di dalam buku ini.
Tiada yang tertinggal lagi di dalam minda aku. Jadi apabila aku tutup buku ini semua masalah aku ditanggung oleh buku ini dan sewaktu aku tidur dengan izin Allah minda bawah sedar aku akan mencari cara yang bijaksana untuk penyelesaian. Jadi aku dengan tegas tidak perlu memikirkan lagi masalah ini. Aku mesti dapat rehat yang secukupnnya. Beritahu pada minda anda betap leganya perasaan anda.
Dengan cara ini segala bebanan masalah anda telah anda curahkan pada sebuah buku .Minda anda akan tenang dan anda tidak perlu risau lagi memikirkannya> Serahkan diri anda pada Allah dengan membaca doa tidur yang bermaksud " Dengan nama Allah aku hidup dan mati'
Atau anda boleh juga membayangkan satu butang PADAM (DELETE) dalam bayangan minda dan padamkan segala memori yang anda tidak suka.Inilah kemampuan minda bawah sedar anda boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah anda fikirkan.
Atau anda boleh memasukkan imej positf, suara dalaman positf dan rasakan perasaan positif sehingga anda rasakan ianya benar-benar berlaku pada diri anda kerana ini juga merupakan harapan dan doa anda supaya sesuatu yang baik akan berlaku. InsyaAllah minda bawah sedar anda akan menolak semua kebimbangan yang wujud dalam diri anda dan dapat menunjukkan jalan penyelesaian yang tidak pernah anda terfikirkan. Oleh itu perbanyakkan menyebut Ya Alim 77 kali kerana Allah maha mengetahui dan akan mengilhamkan pada anda suatu penyelesaian yang menakjubkan.
Kesimpulannya apa sahaja permasalahan anda jangan biarkan ianya berlegar di dalam kepala maka tuliskanlah supaya minda anda dapat melihat dengan jelas apa sebenarnya masalah anda!" |
posted by Mohd Nor Zaini Ahmad @ 8/12/2008 12:45:00 AM  |
|
|
|
|
| Kenali Diri |
|

Name: Mohd Noor Zaini
Home: Bandar Jitra, kedah, Malaysia
About Me: Diploma Pendidikan Malaysia
Sijil Jentera Loji
See my complete profile
|
| Artikel |
|
| Archives |
|
|
| Links |
|
|
| Powered by |
 |
|