DE ZUFA GOLD.COM

PELABURAN EMAS & FINANCIAL FREEDOM Ingat emas Ingat Dezufa

 
<
Masa Itu Emas
Halwa Telinga

Anak-Anak

Secebis Kasih

pelaburan internet
25 Disember 2007

PENJELASAN DARIPADA JABATAN MUFTI PERAK MENGENAI
PERNIAGAAN MATAWANG (FOREIGN EXCHANGE)

Jabatan Mufti Negeri Perak TIDAK PERNAH mengeluarkan apa-apa sijil
mengatakan Forex dibolehkan oleh syariah kepada mana-mana syarikat
. Jawatankuasa Syariah Negeri Perak pernah mengeluarkan keputusan
bahawa forex yang dibenarkan dalam syariah ialah perniagaan
pertukaran matawang yang berlaku (taqabudh) serah menyerah semasa
transaksi berlaku seperti pertukaran wang asing semasa keluar negeri
kerana ia merupakan keperluan untuk berurusniaga di negara
berkenaan.Jika tidak berlaku serah menyerah pada waktu yang sama
seperti serahan bertangguh maka transaksi itu adalah tidak dibenarkan
dalam syarak berdasar kepada hadith Rasululullah SAW yang
bermaksud
Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak,
gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam
mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus (
pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah
kamu sebagaimana yang disukai" ( HR Muslim)
Jika ada syarikat atau individu yang mendakwa Jabatan ini
mengeluarkan apa-apa sijil kebenaran perniagaan matawang , maka
dakwaan berkenaan adalah tidak benar .
Semoga dengan penjelasan ini umat Islam berhati-hati dengan pihak –
pihak yang berkepentingan dengan memutarbelitkan kenyataan demi
mencari keuntungan perniagaan khususnya bentuk perniagaan
pelaburan matawang di internet.

Bahagian Fatwa
Jabatan Mufti Negeri Perak.
posted by Mohd Nor Zaini Ahmad @ 12/25/2007 10:15:00 AM  
Kenali Diri

Name: Mohd Nor Zaini Ahmad
Home: Bandar Jitra, kedah, Malaysia
About Me: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (pend ) Diploma Pendidikan Malaysia Sijil Jentera Loji
See my complete profile
Artikel
Archives
Links
Powered by



BLOGGER

© 2005 DE ZUFA GOLD.COM Template by Mohd Noor